RSS

Faktor Gagal Temuduga KPLI-SR j-QAF

Ketahui faktor kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF :

1.Tiada keyakinan diri 
2-Tiada persediaan
3-Gagal menguasai komunikasi
4-Penampilan
5-Kesesuaian ijazah atau kelulusan

Apa yang disenaraikan ini adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF. Sebagai seorang calon temuduga, anda seharusnya membuat persiapan rapi dan secukupnya agar dapat memberikan prestasi terbaik semasa seisi temuduga.

Masa yang ada menjelang seisi temuduga amatlah berharga. Gunakan masa yang ada untuk membuat persiapan temuduga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk seisi temuduga KPLI-SR j-QAF. Seisi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan Jan 2012. Layari http://www.kplij-qaf.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Punca Kegagalan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF

Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal meyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.

Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.

Seisi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon bagi ambilan Jan 2012. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun ‘sebelah kaki’ untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri seisi temuduga tersebut dengan jayanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Informasi Kerjaya Selepas SPM – Hanya untuk anda!

Informasi Kerjaya Selepas SPM – Hanya untuk anda!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda ketakutan kebanyakan pelajar lepasan SPM sekarang iaitu GAGAL.
Fakta Gagal.

Konspirasi GAGAL kan kebanyakan Calon Lepasan SPM yang memohon kerjaya seperti yang dinyatakan?
Entah lah, sama ada ini satu konspirasi atau tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon mengisi kerjaya-kerjaya ini.Kerana apa? Kerana persaingan yang begitu kuat sekali. Tetapi untuk maklumat lanjut kepada anda 148,500 tempat untuk kemasukan lepasan SPM atau setaraf di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditawarkan untuk tahun 2011 ini. Daripada jumlah itu, 14,000 tempat untuk program asasi di IPTA, diploma IPTA (34,000), diploma politeknik (51,000), sijil di kolej komuniti (11,000) serta sijil di institut latihan kemahiran awam (ILKA) sebanyak 38,500. Banyakkan tempat yang ditawarkan!.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dapatkan 6 Modul Lengkap Pakej Rujukan Informasi Kerjaya Selepas SPM!

Dapatkan 6 Modul Lengkap Pakej Rujukan Informasi Kerjaya Selepas SPM.



Apa yang sebenarnya terkandung dalam Pakej Rujukan ini. Rujukan Informasi Kerjaya Selepas SPM hadir dalam 6 modul lengkap.

Antaranya ialah:

-----------------------------------------------------------------------------------------------
MODUL 1 – Rujukan Informasi Kerjaya di Institut  Pendidikan Guru(IPG)
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Melalui modul #1 ini, Anda akan didedahkan dengan maklumat seperti:
- Anda perlu tahu apa faktor yang dinilai dalam pemilihan guru.Tanpanya anda akan terkapai-kapai dan tiada jalan yang betul untuk menuju kerjaya impian anda ini.
- Maklumat-maklumat penting IPG..Ini penting untuk anda sebelum menjejak kaki ke bidang perguruan ini.
- Sistem akademik dan kaedah pengiraan mata secara merit yang dijalankan.
- Cara permohonan dan maklumat permohonan.
- Pengakuan guru pelatih sendiri.
- Maklumat Penting.
- Penting.
- DAN anda boleh terus hubungi saya jika ada apa-apa pertanyaan.Insyallah saya boleh menolong anda..kerana saya juga guru pelatih.

Modul ini amat penting bagi anda yang amat berminat untuk memilih kerjaya di Institut Pendidikan Guru .Segala maklumat terkini dan cara permohonan akan diterangkan kepada anda.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ebook Khas Pelajar Lepasan SPM : Rujukan Informasi Kerjaya Selepas SPM

Berita baik untuk anda yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai kerjaya selepas SPM dan cara permohonan kerjaya atau kursus yang paling terkini. Sahabat baik saya, Cikgu Khairul Fakrullah dari Tengku Faris Network kini sedang melancarkan satu Produk iaitu Ebook yang lebih bersandarkan untuk membantu anak didik bangsa khususnya lepasan SPM 2011 iaitu Rujukan Informasi Kerjaya Selepas SPM.Rujukan ini amat sesuai juga untuk para kaunselor,guru-guru dan ibu bapa dalam membantu pelajar kita mengenai kerjaya selepas SPM 2011.

Lihat pakej Ebook tersebut disini:

------> www.lepasanspm.com < --------


Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh atau Cikgu Loh, beliau merupakan seorang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.Beliau banyak terlibat dalam program motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai agensi dan badan-badan berkanun.Niat beliau ialah untuk membantu anak didik bangsa khususnya lepasan SPM 2011 dalam mencari-cari maklumat kerjaya yang terkini beserta cara permohonan dan  bagaimana sesuatu prosedur kerjaya selepas SPM itu dibuat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

“Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM ?

Info Kerjaya Lepasan SPM : Siri 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM”?


Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?
Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Info Kerjaya Lepasan SPM : Siri 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM 2010 kita sering GAGAL.

1)    Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2)    Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3)    Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4)    Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5)    Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6)    Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
7)    Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8)    Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9)    Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10)    Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11)    Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12)    Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13)    Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14)    Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15)    Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16)    Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17)    Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18)    Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19)    Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20)    Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS KERJAYA SELEPAS SPM

Info Kerjaya Lepasam SPM : Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat  berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.
Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.
Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

 Info Kerjaya Lepasan SPM : Siri 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010  dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2010 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...