RSS

Peluang Di Sebalik Kekurangan Jururawat

Unit kejururawatan merupakan nadi sesebuah hospital dan mempunyai jumlah anggota yang terbesar. Para Jururawat merupakan "barisan hadapan" dan mereka juga adalah orang perantaraan yang sentiasa berhubung rapat di antara pesakit dan Doktor.

Jururawat membangunkan dan melaksanakan pelan penjagaan dan bekerjasama dengan pesakit, keluarga pesakit, dan lain-lain professional penjagaan kesihatan. Jururawat membantu menyelaraskan penjagaan pesakit yang dilaksanakan oleh ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan seperti terapi fizikal, pengamal perubatan, pekerja sosial, dan pakar diet. Jururawat sering bertindak sebagai peguam bela pesakit.
Jururawat merupakan kumpulan terbesar dalam sistem penjagaan kesihatan. Kekurangan jururawat dijangka meningkat dalam tempoh masa yang panjang. Kekurangan jururawat mengancam bukan sahaja kerajaan tempatan tetapi semua orang diseluruh dunia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerjaya Jururawat

Pernahkah pelajar lepasan SPM terfikir untuk menjadi jururawat ataupun memang anda sedang mencari maklumat mengenai bagaimana untuk menjadi seorang jururawat. Sememangnya jururawat amat penting dalam masyarakat dan Boleh dikatakan, hari demi hari, makin banyak hospital kerajaan yang dibina bagi menampung jumlah pesakit yang kian ramai mengikut pertambahan penduduk di Malaysia. Bayangkan di sesebuah hospital, amat ramai jururawat yang diperlukan bagi memberi rawatan. Berbeza dengan profesion lain, yang hanya diperlukan sejumlah kecil di sesebuah hospital.


Saya berbesar hati untuk berkongsikan dengan anda info lanjut mengenai Kerjaya Jururawat dimana sahabat saya yang bernama Ikhwan Muslimin telahpun berjaya menghasilkan ebook yang bertajuk " Panduan Kerjaya Jururawat " sesuai dengan beliau yang berkerja sebagai Staff Kesihatan di Terengganu. Harapannya semoga dengan launchnya ebook ini dapat membantu lebih ramai lepasan SPM dan graduan universiti dalam mencapai cita-cita mereka untuk menjadi “JURURAWAT”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...