RSS

Faktor Gagal Temuduga KPLI-SR j-QAF

Ketahui faktor kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF :

1.Tiada keyakinan diri 
2-Tiada persediaan
3-Gagal menguasai komunikasi
4-Penampilan
5-Kesesuaian ijazah atau kelulusan

Apa yang disenaraikan ini adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF. Sebagai seorang calon temuduga, anda seharusnya membuat persiapan rapi dan secukupnya agar dapat memberikan prestasi terbaik semasa seisi temuduga.

Masa yang ada menjelang seisi temuduga amatlah berharga. Gunakan masa yang ada untuk membuat persiapan temuduga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF

Tahniah buat anda yang melepasi ujian MTeST dan dipanggil untuk seisi temuduga KPLI-SR j-QAF. Seisi temuduga merupakan saringan terakhir untuk pengambilan calon pelatih guru j-QAF. Ianya satu tahap yang cukup penting dan getir buat calon temuduga.

Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan Jan 2012. Layari http://www.kplij-qaf.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Punca Kegagalan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF

Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal meyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.

Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.

Seisi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon bagi ambilan Jan 2012. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun ‘sebelah kaki’ untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri seisi temuduga tersebut dengan jayanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...