RSS

“Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM ?

Info Kerjaya Lepasan SPM : Siri 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM”?


Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?
Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

DESTINASI ANDA SELEPAS SPM
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Info Kerjaya Lepasan SPM : Siri 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM 2010 kita sering GAGAL.

1)    Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2)    Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3)    Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4)    Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5)    Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6)    Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
7)    Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8)    Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9)    Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10)    Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11)    Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12)    Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13)    Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14)    Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15)    Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16)    Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17)    Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18)    Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19)    Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20)    Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS KERJAYA SELEPAS SPM

Info Kerjaya Lepasam SPM : Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat  berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.
Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.
Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

 Info Kerjaya Lepasan SPM : Siri 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010  dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM 2010 nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...